Thursday, June 9, 2011

Congratulations to PRUDENTIAL (PAMB)!

2010, Prudential made a remarkable achievement by achieving more RM 1Billion sales (RM 1.02 Billion to be exact)

Today, Prudential once again been voted as The Most Trusted Brand in Malaysia by The Reader's Digest for the Fourth time in a row.

The following is a write up from Utusan Malaysia (in Malay)

Prudential Assurance menang anugerah

KUALA LUMPUR 6 Jun – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah merangkul anugerah sebagai salah satu jenama yang paling dipercayai di Malaysia buat tahun keempat berturut-turut pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2011.

Prudential meraih anugerah emas dalam kategori insurans kerana keupayaan menonjolkan kebolehpercayaan serta komitmennya kepada kualiti, nilai, inovasi, tanggungjawab sosial dan memenuhi keperluan sehari-hari pengguna.

Ketua Pegawai Produk dan Pemasaran PAMB, Heng Zee Wang berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima gelaran yang amat berprestij sekali lagi.

Katanya, ia akan mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan yang dihargai bagi menolong mereka menjamin masa depan kewangan mereka.

”Kepercayaan merupakan satu unsur yang begitu penting dalam perniagaan kami. Kami gembira kerana mampu meraih kepercayaan pelanggan kami dan mengekalkannya sepanjang masa.

”Melalui kepercayaan dan sokongan padu mereka, kami telah berjaya mencapai jualan perniagaan baharu tertinggi berjumlah RM1.021 bilion tahun lepas,” jelas beliau.

Sebagai penanggung insurans hayat utama yang telah beroperasi selama 87 tahun di Malaysia, PAMB terus percaya kepada kepentingan mendengar dan memahami keperluan pelanggan serta menyediakan produk yang inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti pada setiap masa, katanya.

Zee Wang menambah, PAMB sentiasa mendengar dan memahami dengan jelas keperluan kewangan rakyat Malaysia.

Beliau memberitahu, syarikat amat gembira kerana komitmen ini diiktiraf menerusi anugerah seumpama itu.

Sementara itu, Pengarah Jenama dan Komunikasi PAMB, Fiona Liao yang menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian anugerah di sini baru-baru ini, turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan syarikat dan pasukan agensi kerana menjadi tunggak kekuatan Prudential.

“Bagi kami, pengiktirafan buat kali keempat ini benar-benar merupakan satu penghormatan kepada mereka di atas semua usaha cemerlang yang telah mereka curahkan selama ini.

”Saya yakin anugerah ini akan memberi dorongan kepada lebih 1,000 kakitangan dan 12,000 perancang kewangan dan ejen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami pada masa depan,” kata Liao.

PAMB kini mempunyai lebih daripada 1 juta pelanggan di seluruh negara.





Always Listening. Always Understanding.